Followers

Saturday, August 6, 2011

Flower girl or Flower boy.?

I prefer BOTH.

wanny skang memang tengah bizy dengan wedding preparation wanny. al-maklumlah lagi 2 bulan je. takut. excited suma ada. tengah duduk-duduk tadi tetiba teringat pasal flower gurl. wanny nak jugak ada flower gurl n boy.. *_* hee ngada betul la kau.
mestila kan baru ceria suasana time berarak nanti.

sape yang nak jadi flower gurl n boy wanny...??

-



-


-


PENDEDAHAN EKSLUSIF

*ecehceh.x bley blah kan.



Abu Bakar Danish
Abang (twins)
4 years

Muhammad Darwish
Adik (twins)
4 years

Irdina Zulaikha
3 years

Nur Aisha Dhaniya
5 months

wanny dah decide untuk flower boy & flower gurl dorang pakai dress n suit putih.
dan dah siap beli dah. suke3.
Tak sabar nak tengok dorang iringi auntie dorang nii ha..
over mak oi.
tgk.. tgk kat bawah ni... dah siap practice dah pun..

ni sume keje auntie die le... ngeng.
practise make perfect.
jgn nanti time berarak sorang ke kanan sorang ke kiri sudahla ye.
payah nak kawal bebudak nie.
kene umpan dgn tukuat (chocolate). haha

kite tengok je la nanti macam mana jadinya.
jangan dorang nak jalan pegang auntie die plak sudah.
hehhe

jom kita layan pic flower gurl n boy yang so cute...




budak-budak bawah ni cute kan..??

pic credit to google

Friday, August 5, 2011

My Best Angle Contest : Dia statik tapi bukan plastik!


WOW ada contest la.. lama x join contest..
lepas blogwalking, stalker sana sini ternampak contest ini.

ape tunggu lagi.. jom join ramai-ramai bagi support kat blogger Abby Salvator ini dgn join contest yang dia buat... nak join..?? Klick je sini


senang je caranya..

1) KENA ADA GAMBAR (lagi banyak lagi bagus)

oke. wanny pertaruhakan gambar ini

Picto tahun 2009 - time muda mudi dulu




Picto tahun 2010 - time matang sikit hahaha




Picto tahun 2011 - time matang dah kot.



2) HARUSLAH MEMBUAT KARANGAN PENDEK YANG ADA AYAT "DIA STATIK BUKAN PLASTIK"

*Dengarlah celoteh wanny yang akan merepek segala bagai. peace ^_^

Nama diberi Shazwani, buleh panggil wanny, gadis berusia 23 tahun ini memang hobinya mengambil picto sendiri, bukan perasan sendiri, tapi itu kesukaan diri. Walaupun gadis ini tidak secantik Lisa Surihani, tidah se'hot' Marsha, tapi gadis ini ada manisnya sendiri umpama chocolate cadbury. Gadis yang mempunyai hobi mengambil gambar sendiri bukan untuk menggedikskan diri tapi utuk simpan gambar buat koleksi sendiri untuk dijadikan tatapan buat bakal anak-anak dan cucu nanti. Semua jenis camera gadis ini akan pegang untuk ambil gambar sendiri. kawan-kawan punya handphone pun ada gambar gadis ini kerana kesukaan gadis ini mengambil gadis sendiri. Mereka bukan mangsa tapi mereka sgt memahami kesukaan gadis ini. Gadis yang bakal menadi Raja Sehari akan tetap meneruskan kesukaannya untuk mengambil gambar sendiri. Kerana yang pasti "DIA STATIK BUKAN PLASTIK." *_*


Oke. DONE. WISH ME LUCK OK..!

wedding preparation : Bilik pengantin


hai bloggers.. hai B2B...

entry kali ni about my wedding preparation which is bilik pengantin. mesti semua B2b dok pikir ape nak hias kat bilik pengantin korang kan..? kalau nak senang korang tempah je kat butik pengantin. nah kau x payah pikir2.. just sediakan money..money..


Untuk bilik pengantin wanny bulan 10 ni.. wanny just beli cadar kat Ausinno... time tu ada sale.. murah-murah.. sbb aritu wanny dah gi survey jat berapa tempat termasuk Alinas.. mmg chantek-chantek.. but harge up tp 500 n above.. what a wasting money. kan..?? sepatutnya nak kahwin kena pandai berjimat, jangan membazir x tentu pasal..

then wanny survey plak online.. cuma x berapa berkenan di hati la.. xtau pasai pa.. x dapat belek-belek & pegang kot. kat mall pun wanny ada tengok but still x berkenan.. at last wanny jumpa satu cadar ni yang wanny terus jatuh hati nak beli.. wanny decide cadar wanny nak kaler putih.. then after bincang ngan my parents, wanny terus beli cadar tu kat Aussino

model aussino.. xbley blah.. hehe

umpan mereka untuk duk senyap-senyap ketika proses beli blah


see cadar & blanket yang wanny beli

wanny mmg berpuas hati dgn harga dan cadar itu.. mmg simple but nice.. xnak terlalu heavy dgn manik-manik.. gatai le nanti. untuk deko dalam bilik pengantin wanny ingat wanny nak buat kelambu la.. what say u.? mcm yang bawah nie...

sweet kan..? (pic credit : google)

tapi kalau yang mcmni perh nampak mewah.. tapi harapan la wanny nak wat camni.. sbb bilik pengantin wanny yang wanny nak guna tu siling dia tinggi..then cost dia mesti agak-agak mahal kan..

(pic credit : google)


kalau deko mcm kat bawah ni pun chantek gak... kan..kan..?

(pic credit : google)

Cheklist plan utk bilik pengantin wanny, hope leh bagi idea pada korang juga *_* :

1) Cadar pengantin
Untuk cadar pengantin korang jgn la pilih warna terlalu terang.. biar lembut.. sejuk mata memandang dan dicadangkan korang pilih yang cotton tanpa manik yang terlalu banyak. tidak nanti main garu-garu plak.. ops. terlebey suda.

2) Kelambu
Kelambu wanny nak letak kain chiffon (not sure lagi) putih/cream/lite pink. korang rasa mana ok dengan cadar yang putih.?

3) Lilin Aroma terapi / pewangi bilik
Oke. lilin ni wanny dah survey kat SSF n A to Z.. mmg banyak choice.. harga arround RM10-30 depends on design. Benda ni mesti ada dalam bilik pengantin bagi segar-segar sket baunya. kalau korang xnak guna lilin aroma terapi beli je pewangi bilik Ambi Pure. lagi senang. wangi pun wangi. tapi wanny lebih suka ada lilin baru romantik gitu.. *_*

4) Frame
Wanny nak letak White Frame. suke sangat dengan white frame. wanny nak letak gambar pre wedding ktorang and gambar yang baru-baru kenal dulu. so sweet kan..?

5) Fresh flower (utk tabur atas cadar)
Untuk atas cadar wanny, wanny xnak nampak kosong sgt, so wanny pikir wanny nak letak kelopak fresh flower ros kaler pink (sesuai dgn tema wanny pink+white).. so wanny akan taburkan atas katil tu.
*make sure korang keringkan kelopak bunga tu dalam 1 jam before tabur, ti abis cadar korang kene getah bunga

6) Permaidani
Wanny nak beli carpet yang bulu-bulu lembut punya.. kalau adala.. kalau xde guna jela ape yang ada. hehee.

7) Bunga Rampai
Of course Bunga Rampai kene ada dalam bilik pengantin. baru nampak seri pengantin dengan bau pengantin. kawen kan sekali seumur hidup.

dapat ala-ala macam ni pun dah oke. sweet je. x serabut sgt.

Hopefully apa yang wanny plan ni tercapai. ye la banyak benda lagi yang wanny kena pikir. borang pun x setle lagi. kita mesti nak buat yang terbaik untuk majlis kita kan..? so wish wanny da best ok.? n utk korang juga selamat menjadi Raja Sehari. *_*

Resepi bubur suji Marvelous.....

Asalammualaikum..!

hai peeps...!

arini wanny nak kongsi ngan korang suma resepi bubur suji yang paling senang dibuat dan sedap dimakan... xtaula korang pernah dengar ke x bubur suji ni.. sbb bila wanny tanya kawan-kawan dorang cam x tau mende ape especially my cinta hatiku. huh.. x leh geng tol.. hahhah

ok without wasting urtime n mytime dok bebel bagai.. ok ini dia wanny presenting taraaaa...

-

-

-

RESEPI BUBUR SUJI MARVELOUS

Bahan-Bahan:

1) Suji - 1 cawan


2) Gula pasir - 1 cawan (kalau nak manis lagi tambah dlam 3 sudu besar, ikut kemanisan korang)


3) Susu Carnation - 1 tin
4) Daun pandan dlm 5 helai
5) Badam hancur - ikut sukati korang, kalau suka badam letak banyakla..


6) kismis - optional kalau suka buh, wanny x suke kismis so x letak
7) Garam secukup rasa
8) Air dalam setengah periuk (korang kene agak-agak.. tengok juga periuk korang camna)


Cara masak :
1) korang masukkan je suma bahan-bahan di atas dalam periuk.

masukkan bahan-bahan

masukkan air. korang agak2 jgn terlalu banyak ti cair, jgn sket sgt ti pekat plak.


masukkan susu carnation, garam n badam jgn lupa

*nak senang human kan je suma bahan kat atas b4 didihkan

2) didihkan sampai gebu macam di bawah.


3) then siap.

ni la hasilnya.. kalau korang suka hiasla dgn strawbery, berry, kismis kasi cantik lagi,
buleh juga letak kurma yang disiat or pisang... suma terpulang pada selera korang.
wanny suka yang original cam ni je.. *_*


Selamat Mencuba.

Thursday, August 4, 2011

going to SPA.? yes i want it.



"kan best kalau penat-penat bekerja dapat gi spa.."
"eh nak jadi pengantin, aku kena pi spa ni.."
"teringinla nak pi spa.."
"pi spa leh release tension.."
"kat mana nak p spa yang murah...?"

selalunya ini yang bermain dlm fikiran kita kan bila sebut je pasal spa..
tambah-tambah lagi pada yang nak jadi bakal pengantin.. kene la jaga tu suma

so kepada bride to be.. or kepada wanita di luar sana yang sangat mementingkan kecantikan korang.. korang just klick SINI.. so korang leh dapat promotion di bawah.


HURRY UP.. GRAB IT NOW..!


RM50 instead of RM470 for

Full Body Scrub & Massage +

Aromatherapy Facial +

Eye & Neck Treatment

at Fur Elise Beauty, Pandan Perdana

[89% OFF]




produk Cellnique

sangat murah kan.?
jom pakat-pakat pi.
*_*


p/s: wanny pun nak pi juga, nak jadi bakal pengantin la katakan.. peace

Format report latihan praktikal


*entry ni saya menjadi kak wanny.! ececeh..

Assalammualaikum...

oke. hari ni kak wanny nak kongsi sikit dengan adik-adik yang nak buat report latihan praktikal korang. kak wanny just nak share format report latihan praktikal kak wanny buat aritu dgn korang semua. harap dapat bantu korang dalam buat report nanti ya.!

Kak wanny aritu buat praktikal dekat Penang Public Library selama 2 bulan. Alhamdulillah siap juga report paktikal kak wanny. dah anta kepada fakulti pengurusan maklumat. korang tgkla picto yang di upload ni. hope dapat bantu korang.


cover page


Title page

Penghargaan

Abstract


then sikit information pasal price hard cover binding area Butterworth, Penang:
seminggu - RM35
1 hari - RM 80-100
4 hari - RM 50 -60

kalau korang nak murah siapkan awal-awal then gi anta cepat-cepat kat kedai hard cover binding. kak wanny anta hard cover binding dekat area Uitm penang.. situ banyak kedai ada wat service ni...

Ni la hasilnya

spine

Next, kak wanny nak bagi penghargaan pada Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
(copy dari report je.! hehe) kalau korang nak copy kak wanny punya jgnla malu-malu ye.. sharing is caring rite..? ayat kak wanny xdela power mana pun.. :P


PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke Hadrat Illahi kerana dengan segala limpah dan kurnia yang telah diberkan kepada saya, akhirnya saya berjaya menamatkan program latihan praktikal yang hampir selama 2 bulan serta menyiapkan penulisan laporan praktikal ini.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada semua pensyarah Fakulti Pengajian Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana tidak jemu-jemu mendidik saya dan mencurahkan ilmu yang bernilai buat saya sehingga saya berjaya menjalani program latihan praktikal ini dengan jayanya.

Ucapan jutaan Terima Kasih juga diucapkan kepada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) terutamanya kepada Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP), Pn. Shukriah bt Hj Yon kerana sudi menerima pelajar praktikal untuk menjalankan latihan praktikal disana.

Sejunjung kasih sekalung penghargaan juga di ucapkan kepada Pn. Norlina bt Haji Ahmad selaku peyelaras pelajar praktikal di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP). Tidak lupa juga kepada En. Asmadi Mohamed Ghazali selaku pensyarah penyelia yang bertanggungjawab memantau kami sepanjang latihan praktikal.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan Perbadan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) kerana banyak membantu dan berkongsi ilmu dengan saya.

Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa menyokong saya dan tidak jemu-jemu memberi saya semangat untuk menamatkan latihan praktikal ini.

oke. itu saja. hope dapat bagi korang idea. peace *_*

Tuesday, August 2, 2011

Wedding Preparation : DIY Wedding Guestbook / buku tetamu


Hallo bloggers.

Hai B2B...

aritu wanny ada cita sikit pasal guestbook kan...??

semalam wanny dah start DIY guestbook wanny sendiri yang akan digunakan pada majlis resepsi wanny 8.10.2011

oke. Ni bahan-bahan yang wanny beli kat tesco

1. Pastel paper colour light pink & purple (RM 2.90 each)
2. 2 pcs black hard paper
3.Kertas pink (lupala nama sainstifik die. ngeng)

sebenarnya wanny nak wat design mcmni.. wanny suka sgt design yang nie..
tapi smalam try2 da give up.. x jadi... huhuh

sweet kan....? love it...

so.. wanny buat je la yang termampu.. xtaula ape hasilnye lagi. sebab baru separuh jalan..
hhuhuh.... harap-harapla menjadikan...!!
kita tgkla ape hasilnya... hahhaha

then, dekat guestbook table wanny nak beli centerpiece nak letak kat situ..
Centerpiece ni wanny dah survey harganya dlm around RM9..
kalau postage maybe kene tambah harga sket..
wanny confirm nak beli benda ni.. leh letak pic jugak.
korang leh beli benda ni kat ilikecard.. :)

suke white :)

Next, wanny nak cari small vase utk letak pen coler maler & bunga nak letak kat guestbook table. wanny ingat wanny nak gi cari kat kedai 5 hengget je.. hahhaa..
save. oke.

Yang penting tetamu leh tulis ucapan untuk pengantin... betul x..?
then buleh simpan buat kenangan.. lepas 10 tahun dah kawen tgk balik guestbook tu..
mesti kita rasa wahhh... seronoknya kawen. erk..? hehhe

p/s : kawan-kawan yang dtg sila tinggal jejak anda pada my guestbook. oke.. *_*


Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan.

Salam.

Salam Ramadhan buat semua.
Moga Raadhan kali ini dapat kita jalani dengan penuh keberkatan.
Sama-samala kita menambahkan amal ibadat kita di bulan mulia ini.



p/s : Ramadhan terakhir buat wanny yang bergelar single mingle..
Next Ramadhan dah jadi Puan Wanny.. suka3.. *_*