Followers

Tuesday, September 18, 2012

Putera kami !

Asalammualaikum.


Alhamdulillah putera kami selamat dilahirkan pd 10.7.2012 semasa azan zohor berkumandang.
Harraz Arfan nama diberi.
Dilahirkan seberat 3.7kg secara normal.
Syukur ke hadarat Illahi atas kurniaanmu ini.

Amanah ini akan kami jaga sebaiknya.
Insya Allah.


After delivey. hamek kau muka pucat lesu. penat kau push ye. 


Harraz Arfan = yg amat warak & mengetahui

Thursday, March 22, 2012

Cheklist barang-barag baby


Asalammualaikum.. 

Mom to be here.. :P


hai semua, semoga semua berada dalam keadaan sehat walafiat. :) kejap je kan dah March, terasa detik masa berjalan dengan begitu pantas. 3.3 baru ni ulangtahun merisik kitowang. hehe. Alhamdulillah everything goes well.!

Sebelum kita masuk main point, wanny nak pot per jap.. ala jap je.. hehe

Congrats pada kawan-kawan yang dapat further Master esp Fatin Amirah. Good Luck ya babe. I will follow ur step soon. InsyaALLAH. n Congrats pada kawan-kawan yang baru dapat keje n yang dah bape bulan keje esp my exhousemate. happy for u all.. Jangan lupa belanja kita ya..! belum rezki wanny lagi dapat keje..& to my bestie Shafizah.. good luck for ur final year March ni if not mistaken.. x sabar nak tgk u jadik dr. Pijah :) n To all my frenz yang baru enggaged, will enggage, will marry.. congrats.. (to Sharifah n Bonzer cepatla tunang.. jgn tunggu lama2..)


wah, panjang plak pesanan penaja ye dop.. ok2. x mau pot pet lagi. serious ni.


Now, usia kandungan wanny dah masuk 5 months plus plus. So dah start da shopping barang baby sikit-sikit. Actually masa wanny 2 bulan dah beli. excitedla katakan. hubby pun sgt excited time shopping. Wanny just nak share my cheklist untk barang-barang baby. Untk mom to be kat luar sana leh la tgk-tgk sama kot2 la ada barang2 ter miss plak kan. n yang dah jadi mom ada baby tu leh la share-share ape patot kan. ngeee.. :)


Pakaian Baby:
Baju lengan panjang & seluar panjang
Baju lengan pendek & seluar pendek
Rompers
Mittens & Bootees
Napkin
Barut
Baby blanket
Pampers

Barang mandi / Toiletries:
Tuala mandi
Sapu tangan / tuala kecik
Baby wipes
Changing mat
Besen mandi
Baby bath liquid, baby shampoo, baby lotion, bedak
Baby oil
Minyak Telon
Krim Lampin
Cotton bud
Vicks
Sikat

Tempat tidur:
Baby cot + net + tilam
Selimut
toto baby, bantal kepala, bantal panjang

Travelling:
Baby Carrier
Stroller
Travelling Bag

Penyusuan:
Botol susu
Pencuci botol baby
Berus botol susu
Bottle warmer  
Sterilizer


Ni antara cheklist yang wanny buat. Belum suma beli, beli yang penting dulu, yang len in progress.




p/s : will continue shopping with my love.. ;p

Thursday, February 9, 2012

Padamu ku bersujud


Asalammualaikum.


Kita sering alpa dengan duniawi. Bila kita diduga dengan ujian dari yang Maha Esa barula kita tersedar dari lamunan dunia ini. Allah S.W.T menyayangi kita sbb itulah kita dipilih untuk terima dugaan dari Nya.


Dugaan boleh jadi dari segi sakit, kewangan. kesedihan, kehilangan, cinta, kasih sayang, etc


"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah: 216)


Jika kita banyak dosa jangan berputus asa memohon keampunan Allah. Allah Maha Pengampun Dan Maha Penyayang . Berdoalah pada Allah S.W.T


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah al-Baqarah: 186) 



Terdetik hati ni, tersentuh hati ini bila mendengar alunan dan lirik lagu Padamu Ku Bersujud.Lagu ini mmg telah lama menjadi msg ringtone hp wanny time wanny study lagi.Tidak pernah jemu untuk mendengar lagu ini. Seolah2 ia dapat memberi semangat pada diri ini.


"Semoga aku tabah menghadapi dugaanmu Ya ALLAH. Padamu ku bersujud. Masih ada masaku memperbaiki diri ini"


"Aku tahu ajal itu pasti datang, maka aku selalu bersiap-siap menantinya."





Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah


Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah


Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa


Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud


Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah


Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa


Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud


Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa


Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu



Credit:
Afghan-Padamuku Bersujud
Youtube
iluvislam




Thanks to suami, Muhammad Zamri sbb x jemu2 memberi semangat pada isterinya yang kadang-kadang terasa begitu lemah untuk menghadapi dugaan ini.
i love u forever n ever syg.


Monday, February 6, 2012

Doa untuk anak mama & ayah

Asalammualaikum..

*entry kali ni wanny nak gelar diri mama wanny yeekk..?? hehehe. gediks. peace.



arini mama wanny nak kongsikan doa yang slalu mama wanny baca lepas solat selain dari surah-surah
pilihan untuk diabaca waktu pregnant ni. Mom to be haruslah banyakkan berdoa agar semuanya selamat, sihat, sempurna. 




Ni doa yang mama wanny slalu baca. Doa ni ada dalam buku-buku amalan mengandung. so to mom to be ce amalkan doa ni ye untuk kesejahteraan baby kite.



"Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhkan ia, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar Mu,sembuh yang tiada meninggalkan kesan buruk.Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandunganku dengan sejahtera.Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, ellokkan akhlak (perangainya) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w."


Ni plak doa suami wanny baca sambil usap perut kite.. : )


"Ya Allah, peliharalah janin yang berada di dalam perut isteriku. Berikan kesihatan kepadanya kerana Engkau pemberi kesihatan. Sejahterakan dia, kerana Engkaulah yang maha mensejahterakan. Bentuk dia dengan bentuk yang bagus dan baik.
Dan jadikan dia orang yang berilmu dan beramal, orang yang berakal dan cerdas, orang yag bahagi, orang yang kaya dan dermawan, serta orang yang selalu menturuti semua kebaikan dan dapat mengunjungi Tanah Haram.
Ya Allah, jadikan dia anak yang soleh yang gemar mendoakan kedua orang tuanya, berbakti kepada kedua orang tuanya, serta taat kepadaMu dan utusanMu.
Ya Allah, panjangkan umurnya dalam ketaatan, sihatkan badannya, perelokkan kejadiannya dan budi perkertinya, fasihkan lisannya, serta merdukanlah suaranya dan iramanya bagi membaca Quran. Dan, berikan dia kesihatan di dunia dan akhirat dengan rahmatMu, wahai Zat yang maha pengasih dan penyayang"



Semoga anak yang bakal dilahirkan sempurna dan taat pada perintah Allah S.W.T dan ibu bapanya.


AMIN.


*suke plak dgn nama mama wanny. heee

Friday, February 3, 2012

blog ini masih hidup..! yeeekk

Asalammualaikum.... xjwb dosa.. jawab dpt pahala. ;p


Entry first utk tahun 2012.
well, i bukan blogger tegar..
Just blog utk suka2..


Oh no.. mesti rakan-rakan wanny dah ingat wanny dah lupakan blog ni yekk...??
no, no, no, no, no....

blog tersayang ni x pernah dilupakan. :P
cuma masa lebih tertumpu kepada hal-hal penting..

Biasalakan mom to be ni..
mengandung ni banyak kerenahnya.

Tapi Alhamdulillah everything goes well..

Terdetik hati nak update post kat bloh terchinta ni..
dah lama dunia maya ini dilupakan..
bukan apa tanggungjawab lebih diutamakan.. :P


ok. xnak mencece lelama... 


straight to the point..


utk pembuka tirai 2012 blog ni, wanny nak said thanks to bloggeralif coz buatkan doodle utk wanny..
thanks ye :)

YES DOODLE... not dodol okay..?





Comel kan..??? 
doodle ni time wanny x pregnant...


skang perut pun makin membesar... 
happy. :)



*kembalikealammaya.peace yoo

Thursday, November 17, 2011

mama & ayah

Asalammualaikum.



Memang sangat excited bila akan melahirkan zuriat sendiri. memang terserlah kegembiraan seorang ayah bila dapat tau akan terima cahaya mata x lama lagi. mcmtu la jugak my hubby. sgt2 happy die. me..? pun happy jugak. :) mmg tak terkata la kan.


Masa wanny tau pregnant tu time wanny gi chek sakit kat gynaecologist (sakit puan) kat KPJ. Then dia buat urine test. Nah kau. POSITIVE.. hahahhahaahaha.. adoi. bilang mama wanny, haku ni bunting pelamin. tak menyempat-nyempat. hahhaha.. but wanny lebih percaya pada rezki dan takdir ALLAH S.W.T. wanny syukur terima kehadiran zuriat ni. dan nampak sgt my hubby happy dan teruja nak jadi ayah. 


UPT Result





Banyak jugak la wanny search2 petua2 kehamilan kat internet nie.. Bukan mudah ye kita pregnant nie. segala aspek perlu dijaga especially kesihatan. Alhamdulillah wanny xde plak morning sickness. just tired, tired, too tired, n too hungryyy... ayo. asyik mau makan ja seyh. seb bek x mengidam pelik2.. mungkin baru-baru lagi kot..



Sekarang ni wanny tgh search nak beli susu ibu mengandung.. tak sure nak beli jenama ape. Any suggestion dear..??


Buku merah. sapa yang pregnant tau la kan.

oke2. x mau berleter panjang. baby pun dah lapar. nak gi lunch dulu. see ya..


p/s : auntie syawanee nanti kite upload pic kembar pakai tarbus tau.. heheh

Wednesday, November 9, 2011

Hari Graduasi. kau hade.?

ayat macam nak minta penampo je kan. haha
sabar-sabar. rilex ar der.. ngeng.




Assalammualaikum..


30.10.11, wanny graduate kat DATC, Shah Alam.
Mmg best la kalau konvo ni kan.
Maybe ni last kot konvo kat DATC,
Ijazah Sarjana Muda Pegurusan Maklumat (perpustakaan).



Rasanya mcm liat je nak further study.
bukan sbb ape pun.
lepas kawen ingat nak keje.
tapi alih2 preggy plak.. :)
hehehe..
dah tu kene la jadi suri rumah sepanjang masa.
tapi kalau ada rezki tu nak gak further study maybe time tu dah ada anak 3,4 pe..
hehhehhe.

Jom ar layan picto-picto Hari Graduasi  Wanny ni.

Bergraduasi dengan suami tercinta


Bersama FIL & Parent


Of course suka mencapap


bersama rakan-rakan ronggeng


Nampaknye terpaksala wanny menolak tawaran exam pegawai anti-dadah tu.
mcm x leh dpt je.. :(


ciaoo...

Tuesday, November 8, 2011

tanda-tanda mengandung

mengandung..? 


pregnant..??




untuk orang-orang baru mcm wanny ni kene la banyak cari infor pasal benda ni.

biasala baru lagi kan.. :)


just nak share ngan korang semua tanda-tanda mengandung especially yang baru kawen macam wanny ni ha. yang dah professional leh la kongsi ilmu2 anda kat sini ya.

Antara simptom / tanda anda mengandung mcm kat bawah nie ha...:

1. Puting payudara berubah warna
2. Kerap buang air kecil
3. Sakit kat ari-ari
4. Rasa letih tak bermaya
5. Rasa lapar selalu
6. Rasa loya muntah
7. Period lambat

kalau korang rasa badan korang len macam, period lambat, gi la wat doktor check urine..



Macam kes wanny, masa mula2 wanny sakit sgt kat ari-ari, ingat nak period, wanny ignore je.. then perasan kerap dok buang air kecil, n makin letih je keje, n keje nak makan je bila dengan hubby.



then xpela, wanny tak syak pun ada pa pe.. masuk 2,3 hari ni rasa x sehat je, wanny p KPJ kat doktor sakit puan. niat nak check benda len.. then alih2 dpt tau wanny positive PREGNANT.



Speechlees, rasa nak pengsan je bila doktor kata "awak mengandung.."
gumbira tak terkata la.... sengih2.. 



doktor tak dpt trace lagi bape minggu cos baru lagi. 
so wanny kene dtg next week utk next check up...


Ape lagi, khabar baik ni wanny sampaikan kat hubby melalui fon.

wanny ckp cenggini..

me : "abg, tahniah abg akan jadi ayah x lama lagi..."
My hubby : diam lama... (terkejut kot).. "betul ke ni yang..?"
me : "betul la cyg."
my hubby : Syukur Alhamdulillah


Nampaknye, die betul-betul happy dgn khabar baik nie. wanny pun sgt happy x terkata.
Syukur Alhamdulillah atas kurniaan mu ini Ya ALLAH.
excited sgt.



semoga semuanya berjalan lancar