emak dan ayah yang bersusah payah membesarkan kau, mencuci berak kau, menyuap nasi, kalau x kau dah kebulur kejong sorang-sorang kalau mak kau x perduli dengan kau, tapi mak kau pernah bersususah payah menyekang mata demi menjaga kau bagai menatang minyak yang penuh. Tapi kau.? Itu balasan kau pada mak kau.?
Sedarlah wahai anak. Doa mak itu termakbul. Syurga di bawah tapak kaki ibu. jangan kau kejar duniawi semata-mata sedangkan kau terlupa tanggungjawab kau pada mak kau. kesiankan mak kau wahai anak. jangan kau hanyut dengan dunia ciptaan kau. Sanggup kau tinggalkan mak kau terkapai sorang-sorang hidup dalam daif. sanggup kau lihat ke wahai anak mak kau menagis tiap masa merindukan kau.?
Ingatlah wahai anak, apa yang kita buat pada mak kita, satu hari nanti anak kita akan buat bergitu pada kita. masa tu barulah kau terduduk tengadah menangis mengenangkan mak kau kan. time tu baru la insaf kan. tapi malangnya mungkin dah terlambat utk kau menyesali.
Jangan la kau wahai anak tinggalkan mak kau keseorangan diri, hidup atas belas kasihan orang. kais pagi makan pagi. kau patut beruntung. mak kau tetap mendokan kau bahagia bersama keluarga kau walaupun kau layan mak kau umpama kau xde mak. ingat balasan akhirat wahai anak. Setiap orang akan dapat bahagian masing-masing. kau buat macamtu kau dapat macam tu. !
Jangan terlambat wahai anak. mohonla maaf pada mak kau. manusia mmg tak terlepas dari lakukan kesilapan. carilah mak kau. jagalah mak kau. berikan dia kasih sayang kau sebagai anak. hargailah dia selagi dia bernyawa.
Anak-anak diluar sana, sayangilah mak dan ayah anda. Jagalah mereka sepertimana mereka menjaga kita sewaktu kecil. Jangan kita menjadi anak derhaka pada mak dan ayah kita.
Mama & Baba InsyaALLAH saya akan lakukan yang terbaik buat kalian. terima kasih kerana mendidik saya selama ni. Sayang Mama & Baba.
Marilah kita berdoa untuk Ibu Bapa kita. Semoga hidup kita diberkati. AMIN.
Pic : Credit Dewan Bahasa & Pusataka & google image
No comments:
Post a Comment