Followers

Thursday, August 4, 2011

Format report latihan praktikal


*entry ni saya menjadi kak wanny.! ececeh..

Assalammualaikum...

oke. hari ni kak wanny nak kongsi sikit dengan adik-adik yang nak buat report latihan praktikal korang. kak wanny just nak share format report latihan praktikal kak wanny buat aritu dgn korang semua. harap dapat bantu korang dalam buat report nanti ya.!

Kak wanny aritu buat praktikal dekat Penang Public Library selama 2 bulan. Alhamdulillah siap juga report paktikal kak wanny. dah anta kepada fakulti pengurusan maklumat. korang tgkla picto yang di upload ni. hope dapat bantu korang.


cover page


Title page

Penghargaan

Abstract


then sikit information pasal price hard cover binding area Butterworth, Penang:
seminggu - RM35
1 hari - RM 80-100
4 hari - RM 50 -60

kalau korang nak murah siapkan awal-awal then gi anta cepat-cepat kat kedai hard cover binding. kak wanny anta hard cover binding dekat area Uitm penang.. situ banyak kedai ada wat service ni...

Ni la hasilnya

spine

Next, kak wanny nak bagi penghargaan pada Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
(copy dari report je.! hehe) kalau korang nak copy kak wanny punya jgnla malu-malu ye.. sharing is caring rite..? ayat kak wanny xdela power mana pun.. :P


PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya ke Hadrat Illahi kerana dengan segala limpah dan kurnia yang telah diberkan kepada saya, akhirnya saya berjaya menamatkan program latihan praktikal yang hampir selama 2 bulan serta menyiapkan penulisan laporan praktikal ini.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada semua pensyarah Fakulti Pengajian Maklumat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana tidak jemu-jemu mendidik saya dan mencurahkan ilmu yang bernilai buat saya sehingga saya berjaya menjalani program latihan praktikal ini dengan jayanya.

Ucapan jutaan Terima Kasih juga diucapkan kepada pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) terutamanya kepada Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP), Pn. Shukriah bt Hj Yon kerana sudi menerima pelajar praktikal untuk menjalankan latihan praktikal disana.

Sejunjung kasih sekalung penghargaan juga di ucapkan kepada Pn. Norlina bt Haji Ahmad selaku peyelaras pelajar praktikal di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP). Tidak lupa juga kepada En. Asmadi Mohamed Ghazali selaku pensyarah penyelia yang bertanggungjawab memantau kami sepanjang latihan praktikal.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan Perbadan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) kerana banyak membantu dan berkongsi ilmu dengan saya.

Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa menyokong saya dan tidak jemu-jemu memberi saya semangat untuk menamatkan latihan praktikal ini.

oke. itu saja. hope dapat bagi korang idea. peace *_*

1 comment:

AINI CHE DIN said...

perghhhh..nakpo mahai sgt area penang ni...nseb aku wat kt kelantan..2hari hantar dalam rm25 then aku wat 2salinan so rm50 ja la..

Post a Comment