Followers

Thursday, November 17, 2011

mama & ayah

Asalammualaikum.



Memang sangat excited bila akan melahirkan zuriat sendiri. memang terserlah kegembiraan seorang ayah bila dapat tau akan terima cahaya mata x lama lagi. mcmtu la jugak my hubby. sgt2 happy die. me..? pun happy jugak. :) mmg tak terkata la kan.


Masa wanny tau pregnant tu time wanny gi chek sakit kat gynaecologist (sakit puan) kat KPJ. Then dia buat urine test. Nah kau. POSITIVE.. hahahhahaahaha.. adoi. bilang mama wanny, haku ni bunting pelamin. tak menyempat-nyempat. hahhaha.. but wanny lebih percaya pada rezki dan takdir ALLAH S.W.T. wanny syukur terima kehadiran zuriat ni. dan nampak sgt my hubby happy dan teruja nak jadi ayah. 


UPT Result





Banyak jugak la wanny search2 petua2 kehamilan kat internet nie.. Bukan mudah ye kita pregnant nie. segala aspek perlu dijaga especially kesihatan. Alhamdulillah wanny xde plak morning sickness. just tired, tired, too tired, n too hungryyy... ayo. asyik mau makan ja seyh. seb bek x mengidam pelik2.. mungkin baru-baru lagi kot..



Sekarang ni wanny tgh search nak beli susu ibu mengandung.. tak sure nak beli jenama ape. Any suggestion dear..??


Buku merah. sapa yang pregnant tau la kan.

oke2. x mau berleter panjang. baby pun dah lapar. nak gi lunch dulu. see ya..


p/s : auntie syawanee nanti kite upload pic kembar pakai tarbus tau.. heheh

Wednesday, November 9, 2011

Hari Graduasi. kau hade.?

ayat macam nak minta penampo je kan. haha
sabar-sabar. rilex ar der.. ngeng.




Assalammualaikum..


30.10.11, wanny graduate kat DATC, Shah Alam.
Mmg best la kalau konvo ni kan.
Maybe ni last kot konvo kat DATC,
Ijazah Sarjana Muda Pegurusan Maklumat (perpustakaan).



Rasanya mcm liat je nak further study.
bukan sbb ape pun.
lepas kawen ingat nak keje.
tapi alih2 preggy plak.. :)
hehehe..
dah tu kene la jadi suri rumah sepanjang masa.
tapi kalau ada rezki tu nak gak further study maybe time tu dah ada anak 3,4 pe..
hehhehhe.

Jom ar layan picto-picto Hari Graduasi  Wanny ni.

Bergraduasi dengan suami tercinta


Bersama FIL & Parent


Of course suka mencapap


bersama rakan-rakan ronggeng


Nampaknye terpaksala wanny menolak tawaran exam pegawai anti-dadah tu.
mcm x leh dpt je.. :(


ciaoo...

Tuesday, November 8, 2011

tanda-tanda mengandung

mengandung..? 


pregnant..??




untuk orang-orang baru mcm wanny ni kene la banyak cari infor pasal benda ni.

biasala baru lagi kan.. :)


just nak share ngan korang semua tanda-tanda mengandung especially yang baru kawen macam wanny ni ha. yang dah professional leh la kongsi ilmu2 anda kat sini ya.

Antara simptom / tanda anda mengandung mcm kat bawah nie ha...:

1. Puting payudara berubah warna
2. Kerap buang air kecil
3. Sakit kat ari-ari
4. Rasa letih tak bermaya
5. Rasa lapar selalu
6. Rasa loya muntah
7. Period lambat

kalau korang rasa badan korang len macam, period lambat, gi la wat doktor check urine..



Macam kes wanny, masa mula2 wanny sakit sgt kat ari-ari, ingat nak period, wanny ignore je.. then perasan kerap dok buang air kecil, n makin letih je keje, n keje nak makan je bila dengan hubby.



then xpela, wanny tak syak pun ada pa pe.. masuk 2,3 hari ni rasa x sehat je, wanny p KPJ kat doktor sakit puan. niat nak check benda len.. then alih2 dpt tau wanny positive PREGNANT.



Speechlees, rasa nak pengsan je bila doktor kata "awak mengandung.."
gumbira tak terkata la.... sengih2.. 



doktor tak dpt trace lagi bape minggu cos baru lagi. 
so wanny kene dtg next week utk next check up...


Ape lagi, khabar baik ni wanny sampaikan kat hubby melalui fon.

wanny ckp cenggini..

me : "abg, tahniah abg akan jadi ayah x lama lagi..."
My hubby : diam lama... (terkejut kot).. "betul ke ni yang..?"
me : "betul la cyg."
my hubby : Syukur Alhamdulillah


Nampaknye, die betul-betul happy dgn khabar baik nie. wanny pun sgt happy x terkata.
Syukur Alhamdulillah atas kurniaan mu ini Ya ALLAH.
excited sgt.



semoga semuanya berjalan lancar


Wedding Checklist

Salam semua.. 

Hujung tahun ni, ramai yang nak kawen kan.. mesti korang buat time-time cuti sekolah. dah get ready ke preparation semua..? 

Alhamdulillah aritu wedding wanny semua berjalan lancar. penat jugak la nak pikir n ingat semua benda. Seb bek ada chek list ni.. Akceli check list ni wanny letak kat right sidebar gadget blog wanny.. tapi since xnak semak2 lagi kat blog ni.. wanny post kan utk korang.. ye la kalau padam kat gadget nanti dah hilang la semua kan. x le trace balik.. :p kan3? betui x..??

Picto kite kawen la aritu.. :P

so untuk bakal pengantin silalah rajin2 untuk tgk checklist ni supaya tak kelam kabut nanti. peace.

1. Tarikh/ Waktu/ Lokasi/ Tema
- Nikah
- Resepsi

2. Legal Document
- Kursus kahwin
- HIV test
- Borang perkahwinan: In progress

3. Pakaian + Aksesori

Nikah
- Baju nikah
- Tudung
- Veil
- Kasut
- Aksesori

Resepsi
- Set lengkap Pink persalinan
- Dress Gaun (fitting on 5.10.11)

4. Caterer
- Nikah
- Resepsi

5. Majlis perkahwinan
Nikah & Resepsi
- Kanopi
- Meja + Kerusi
- Pelamin nikah
- Caterer
- PA System- Hiasan bilik pengantin
- Hantaran: In progress!

6. Make-up
- Nikah
- Resepsi
-Bertandang

7. Fotografi- Nikah
- Resepsi
- Bertandang
- Pre/Post-Wedding
- Outdoor

8. Bilik pengantin- Set perabot (Katil, almari, etc.)
- Cadar
- Langsir
- Karpet
- Dekorasi

9. Kecantikan
- Facial
- Spa- Inai
- hair treatment
- teeth

10. Doorgift
- Nikah
- Resepsi (Tetamu)
- Resepsi (Rombongan lelaki)

11. Kek
- Resepsi (Kek)

12. Stationary
- Kad jemputan resepsi
- Doorgift boxes
- Guest book : still thinking the design
- Bunting
- Road Signage
- Photo canvas
- Art Stand

13. Bunga-bungaan
- Bunga pegang (Nikah)
- Bunga pegang (Resepsi)- Bunga pegang untuk bridesmaid
- Hiasan kereta pengantin
- Dekorasi meja (Nikah)
- Dekorasi meja (Resepsi)

14. Entertainment (Resepsi)
- Kompang- Wedding songs selection

Friday, October 21, 2011

Aku terima nikahnya.


Asalammualaikum semua.

sudah lama kita tak ketemu.

Syukur Alhamdulillah, kini wanny sah bergelar isteri kepada suami tercinta, Muhammad Zamri b. Yusuf. Pada 7-10-2011, tepat 9.45 mlm wanny sah diijab kabulkan dengan Zamri. Dengan sekali lafaz yang lancar dan jelas, Muhammad zamri menerima akad yang diberikan. Untuk usia 23 tahun ni wanny sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada Muhammad Zamri.

Beberapa minit sebelum diijab kabul

Mendengar tazkirah dari Tok Kadi ttg tanggungjawab seorang isteri

Majlis berlangsung dengan lancar sekali. Syukur ke Hadrat Illahi keranan memudahkan perjalan kami. Walaupun kami terpaksa menempuh bebrapa halangan dan dugaan, tapi sudah ditakdirkan jodoh kami di Luh Mahfuz, dan akhirnya kami bersatu jua.

Kepada Suami Tercinta, Muhammad Zamri b. Yusuf, terima kasih atas segala-galanya, semoga kita akan membina keluarga yang bahagia. love u so much dear.

Kepada my Baba n my mama, terima kasih atas didikan kalian berdua tak jemu2 mendidikku dan bersusah payah membesarkanku. jasa kalian tidak akan terbalas..  kini aku bukan lagi bawah tanggunganmu. terima kasih mama n baba. love u.

Kepada my Family, terima kasih kerana bertungkus lumus utk menjayakan majlis perkahwinanku. jasa kamu suma akan ku ingat. thanks for everything.

Kepada my Sedara-sedara, Pakcik, Makcik, terima kasih atas hadiah yang diberikan kepada kami dan juga terima kasih atas kehadiran kalian ke majlis perkahwinan kami utk memeriahkannya lagi. Walaupun korang jauh dari melaka, johor, kl, ipoh, png, perlis, kedah, labuan, tapi korang tetap bersusah payah untuk dtg ke majlis kami. Terima Kasih semua. Tak lupa juga terima kasih ats doa2 kalian untuk kebahagiaan kami walaupun x dpt menghadiri majlis perkahwinan kami.

n last Thanks to all my frienz, blogger, fb, yang mengucapkan tahiah, yang bagi presnt, yang menemaniku sblm diijab kabul, yang ponteng class utk dtg wedding aku, thanks sgt2.. love u all.

Syukur Alhamdulillah. sgt indah bila menjadi yang sah dan bergelar isteri. Kini segala pergaulan terbatas dan perlu meminta izin dari suami tercinta. :)

Bahagia. Syukur.

Sunday, September 18, 2011

Perutusan Raja Sehari Wannywana


Asalammualaikum....




Saya Shazwani, dengan segala hormatnya
menjemput rakan-rakan bloggers
saya utk hadir ke majlis Perkahwinan saya pada 
8-10-2011.



Aturcara Majlis


Walimatul urus


Map ke Rumah Pengantin


Ya Allah Ya Tuhan Kami, Satukanlah hati kami
Shazwani & Muhammad Zamri
dengan iman, keyakinan dan tawakal kepada Mu,
Jadikanlah kami suami isteri yang soleh dan solehah,
murahkanlah rezeki kami dan kurniakanlah kami 
zuriat yang beriman dan beramal soleh.
Semoga kehidupan kami dipernuhi Al-Muwaddah dan Al-Rahmah
di dunia dan Akhirat.


Amin Ya Rabbal Alamin.


Semoga dgn kehadiran anda akan memriahkan majlis 
perkahwinan kami nanti.
sape yang nak dtg inform wanny ye.. :) 
bukan ape nak sediakan door gift.
Doakan semuanya berjalan lancar ye.. AMIN.








p/s : berdebar-debar :P & selamat pengantin baru pada B2B Oktober.

Friday, August 26, 2011

wa sayang lu lebih la..


yeaayyyy..! (jerit sekuat hati)



Makaceh ya 



Aritu kan aku ada masuk segemen Doodle free by FirdaniLovestrory.. 
ingat x..?? x ingat la tu.. klik je SINI.

Wanie mmg baik sbb buatkan free doodle utk kawan-kawan blogger yang join segmen die..

wanny punya dah dpt aritu.. mmg terloncat-lancatla wanny tgk doodle sendiri..
ngeng.

heheh..

and u know what..??

Wanie wat surprise utk wanny (keliru sket ye nama sama) 


Korang nak tau ape..??


Dia watkan Tunang Wanny Doodle free jugak..


mmg meloncat 23x ganda... hahha..


love u la wanny..

wat susah-susah je.. hehhee..



Ni la Doodle tunang wanny Zamri..



Ni wanny.. *_*



sedondon kan.?? mmg leh kacau dodol la..  Pandai la wanie.

Anyway.. SPECIAL THANKS to WANIE..

We all suka sgt dpt dodol nie..

Ni kira mcm present wedding wanny la nie ye..?? hehhe

Love u Firdanilovestory.. muaaahxxx...

Nanti kenduri we all dtg tau... *_*



P/s : Riang ria raya, tapi otak dok pikir pasal wedding. borang x setal lagi. waduh3.. fening





Wednesday, August 24, 2011

kad untuk korang...??


hai.


sorryla lama x hudpdate belog ni sbbnye wanny bz tolong kakak berbisness
dan juga bz hal-hal wedding wanny.

bersarang suda belog nie.

oke bukan nak bebel itu.


just sebelum terlambat, terleka wanny nak
ucap


Selamat Hari Raya Aidilfitri

kepada 


semua kenalan bloggers.. 
korang mmg sempoi


Mohon Maaf dipinta andai terkasar bahasa..


*_*






p/s : nanti wanny upload kad jemputan wedding wanny utk korang ye..