Asalammualaikum..
*entry kali ni wanny nak gelar diri mama wanny yeekk..?? hehehe. gediks. peace.
arini mama wanny nak kongsikan doa yang slalu mama wanny baca lepas solat selain dari surah-surah
pilihan untuk diabaca waktu pregnant ni. Mom to be haruslah banyakkan berdoa agar semuanya selamat, sihat, sempurna.
Ni doa yang mama wanny slalu baca. Doa ni ada dalam buku-buku amalan mengandung. so to mom to be ce amalkan doa ni ye untuk kesejahteraan baby kite.
"Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhkan ia, sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar Mu,sembuh yang tiada meninggalkan kesan buruk.Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandunganku dengan sejahtera.Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, ellokkan akhlak (perangainya) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w."
Ni plak doa suami wanny baca sambil usap perut kite.. : )
"Ya Allah, peliharalah janin yang berada di dalam perut isteriku. Berikan kesihatan kepadanya kerana Engkau pemberi kesihatan. Sejahterakan dia, kerana Engkaulah yang maha mensejahterakan. Bentuk dia dengan bentuk yang bagus dan baik.
Dan jadikan dia orang yang berilmu dan beramal, orang yang berakal dan cerdas, orang yag bahagi, orang yang kaya dan dermawan, serta orang yang selalu menturuti semua kebaikan dan dapat mengunjungi Tanah Haram.
Ya Allah, jadikan dia anak yang soleh yang gemar mendoakan kedua orang tuanya, berbakti kepada kedua orang tuanya, serta taat kepadaMu dan utusanMu.
Ya Allah, panjangkan umurnya dalam ketaatan, sihatkan badannya, perelokkan kejadiannya dan budi perkertinya, fasihkan lisannya, serta merdukanlah suaranya dan iramanya bagi membaca Quran. Dan, berikan dia kesihatan di dunia dan akhirat dengan rahmatMu, wahai Zat yang maha pengasih dan penyayang"
Semoga anak yang bakal dilahirkan sempurna dan taat pada perintah Allah S.W.T dan ibu bapanya.
AMIN.
*suke plak dgn nama mama wanny. heee
No comments:
Post a Comment